KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan Pusat Kecemerlangan Industri Sukan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi (IPT) terpilih, bagi membangunkan industri sukan negara.
Menurut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dikeluarkan Kementerian Ekonomi hari ini, pusat itu akan bertindak sebagai rujukan dalam menyediakan pengetahuan dan menjalankan penyelidikan, dalam pelbagai segmen sukan.
"Pusat ini juga akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan dalam mengenal pasti idea, pengetahuan dan inovasi baharu berkaitan sukan," menurut laporan itu.
Selain itu, laporan berkenaan menyatakan pangkalan data berpusat mengenai industri sukan akan diwujudkan, untuk memudah cara proses membuat keputusan berasaskan maklumat, dalam memajukan pembangunan industri tersebut.
"Pangkalan data ini akan menyediakan maklumat seperti produk sukan, pekerjaan dan perbelanjaan pengguna. Usaha ini akan membolehkan perancangan yang lebih baik dalam membangunkan industri sukan," menurut laporan itu.
Laporan itu turut memaklumkan langkah untuk memperluas rantaian nilai industri sukan seperti pengeluaran produk, perkhidmatan pengurusan acara, kewartawanan dan penyiaran serta kejurulatihan sukan, akan dipergiat dengan mengoptimumkan potensi industri berkenaan.
"Dalam hubungan ini, liga sukan profesional akan diperluas kepada pelbagai jenis sukan. Usaha ini akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, seperti jurulatih, personel perubatan dan pengulas sukan, serta peluang perniagaan kepada usahawan tempatan," menurut laporan itu.
Sementara itu, Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) digalakkan untuk menjana pendapatan serta mengukuhkan hubungan dengan komuniti bagi mengurangkan kebergantungan kepada pembiayaan kerajaan.
Menurut laporan itu, PSK seharusnya meningkatkan profesionalisme pengurusan yang pastinya akan menggalakkan lebih banyak penajaan diterima pihak mereka.
"Sumber kewangan alternatif, termasuk tajaan korporat akan diteroka untuk meningkatkan dana pembangunan sukan.
"Insentif cukai berkaitan sukan akan disemak semula untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta dan komuniti dalam pembangunan sukan, seperti menaja acara sukan dan menyediakan pekerjaan kepada bekas atlet," menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) digalakkan untuk menjana pendapatan serta mengukuhkan hubungan dengan komuniti bagi mengurangkan kebergantungan kepada pembiayaan kerajaan. - Gambar hiasan
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Lebih 2 juta pekerja asing dalam negara, hampiri sasaran RMK12 - Steven Sim
kerajaan menetapkan bilangan pekerja asing di Malaysia tidak boleh melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2025.
Perak fokus 359 projek fizikal libat peruntukan RM1.28 bilion tahun ini
Perak memfokuskan pelaksanaan 359 projek fizikal dengan peruntukan RM1.28 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) negeri itu tahun ini.
564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini
RP4 Negeri Selangor juga menumpukan kepada pembangunan 471 projek fizikal (RM2.25 bilion atau 65.8 peratus) melibatkan skop projek utama.
RM212.42 juta belanja pembangunan fasiliti kesihatan Perak tahun 2024 - Dzulkefly
Perak menerima peruntukan RM212.42 juta di bawah Belanja Pembangunan Kementerian Kesihatan, bagi pembangunan kemudahan dan infrastruktur fasiliti sektor itu, tahun ini.
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat ilmu - Ahmad Zahid
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat tumpuan pendidikan dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
JKR Kelantan laksana 58 projek bernilai RM874 juta tahun ini
Ia merangkumi pelbagai skop kerja termasuk projek bangunan dan pembinaan jalan raya membabitkan beberapa kementerian.
MDX 2023: Optimis capai sasaran baharu tawaran teknologi digital
Pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia terus menunjukkan peningkatan cemerlang. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz tawaran teknologi digital telah melonjak.
Daya tahan permintaan domestik Malaysia dorong pertumbuhan kukuh jangka sederhana - Fitch Ratings
Permintaan domestik Malaysia yang berdaya tahan dan perbelanjaan pembangunan lebih besar digariskan dalam RMK-12 akan menyokong pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh.